Wednesday, March 7, 2012

AIR BERKARBONAT

Setelah lebih suku tahun blog nie dah bersarang... Akhirnya mood nak menulis tu datag balik... Tiba2 banyak sangat yang nak di"share" walaupun tak ade lah bagus mane.. 

Korang tahu tak yang air bergas a.k.a air berkabonat nie boleh mendatangkan banyak masalah kat diri si peminum???

MASALAH TULANG

Gelembung dalam air berkarbonat disebabkan oleh wujudnya kandungan asid fosforus. Bile korang tengah syok duk minum tu, sebenarnya tulang korang sedang menjadi rapuh . . so kepada sape2 yang rase tak nak dapat sakit osteoporosis, boleh la start minum air suam lepas nie sebagai pengganti air gas...

MASALAH PERUT

Nak2 pulak kalau korang tengah perut kosong.. Pastu pegi pulak alas perut dengan minum air gas.. Memang cari pasal la kalau macam tu... Korang boleh dapat sakit perut dan organ korang tu pun boleh mengalami masalah angin.. Semua nie boleh mengakibatkan luka akibat tercampurnya gas dan asid  di dalam perut. Kesian perut korang sakit nanti... Selami sikit perasaan perut tu...

MASALAH OTOT

Kalau korang minum sebanyak 2 liter sehari air berkarbonat boleh menyebabkan kadar kalium dalam darah menurun.. Lepas tu korang akan rase lemah otot,cepat penat, tak larat nak angkat bende berat2 dan pergerakan juga akan terbatas..

MASALAH GINJAL

Air berkarbonat boleh ganggu daya fungsi ginjal si peminum dan juga mampu menurunkan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing. Kalau kencing pun dah sedikit, ia akan jadi pekat dari air kencing biasa dan ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal.

Kesan nie la yang korang akan dapat setelah minum air kegemaran korang tu.. So kepada sape2 yang takut macam aku, sila jangan minum lagi..

~SEKIAN~

benda yang baik tak salah untuk dikongsi
thankx kepada sumber

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...