Tuesday, July 23, 2013

Pemborosan dibulan Ramadhan

Okeh... Salam ramadhan.. malam ni dah 15 Ramadhan... Dah tengah2 ramadhan dah.. proses berpantang masih lagi berjalan seperti biasa.. Cuma berkurangan sikit pantang larangnya...

Bab makan dan minum... Masih berpantang dengan jayanya... Ais memang dah tak geng sekarang... nak minum air masak n nestum sahaja...

Dah 15 ramadhan nie kuih raya dah berbalang aku habiskan.. Seronok..

Dan Ramadhan nie jugak, kebanyakan barang yang dishoppingkan adalah melalui online... Boleh botak kalau x terbrndung... duit mengalir macam air paip.. Grrrrrr...... Dasyat...

Nie la hasil shopping online...












posted from Bloggeroid

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan pertama kami

Alhamdulillah masih diberi peluang bertemu ramadhan tahun ni..

Yang lagi istimewa bila sambut ramadhan sebagai seorang isteri...Alhamdulillah..

Tapi puasa pertama di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.. Bukan sebab main mercun... Tapi sebab lain...


Itulah suamiku Fikri Hanis..sanggup teman wife dia yg tengah sakit... Terima Kasih suamiku...

Sekarang dah 3 ramadhan dan masih disini... Semoga esok dah boleh check out... Inshaa Allah...

Thankx kat nurse n doc kat sini... Semua baik2... Semoga Allah membalas jasa kalian...

Checkin katil no 23 selama lebih kurang seminggu....



Perasaan duduk hospital memang tak best.. Tak tahu la pulak kalau ada yang suka duduk kat hospital.. Tapi yang best setiap hidangn makanan mesti ade hot choc.. Itu je yang best.. Yang lain x best.. Lagi best kalau dapat pegi bazar ramadhan n shopping ikan bakar sambal.. Glluuuupppp... Sedapnye...

Bila kita dalam hospital..Baru la hargai saat2 sihat.. Alangkah indahnya dapat jalan2 kat shopping mall, wangsa walk,jusco, sogo dan lain2..

Kat sini keje celik mata tunggu doc datang dan tido balik..Pastu tengah2 syok tido bangun balik untuk cek tekanan darah.. Pastu tido balik... Bangun balik tengok2 makanan dah sampai.. Makan dan tido balik.. Boleh tambah berat badan tak...

Handphone la peneman setia masa dalam hospital... Nak jalan2 keliling wad xlarat sebab sakit jadi duduk diam2 atas katil..

Dengan harapan setinggi gunung dapat la keluar hospital esok.... Amin...

Semoga ramadhan kali ini memberi 1001 makna dalam hidup ini... Inshaa Allah...

posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

Indahnya saat Ijab dan Qabul

N3 lama yang dah berhabuk.. Baru mendapat ketenangan untuk di update...

25 Januari 2013 tarikh yang sangat bermakna apabila disatukan dengan orang yang sangat2 disayangi..

Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang.. Dulu masa mula2 bercinta.. Ramai yang kata tak kekal lama , cinta monyet dan macam2 lagi.. Allah tu dah tetapkan jodoh setiap hambanya.. siapa kita untuk menidakkan jodoh orang kan...

Alhamdulillah juga kami bersatu pada usia 23 otw to 24 this year.. Selepas solat jumaat sah menjadi Puan Hana isteri kepada Encik Fikri..









posted from Bloggeroid

Saturday, June 22, 2013

Tips Kurangkan Rasa Mual..

Hilangkan mual...

Cara nie kadang2 berguna kadang2 kelaut..

Makan mentos yang masam tu.. Perisa ape tak pasti.. Tapi rasa dia masam...

Pastu jenis aku tak boleh minum air kosong a.k.a air masak x kira sejuk atau panas.. Tapi memandangkan air itu penting dan tak nak sejarah masuk air berulang... Minum seteguk air setiap 15 minit.. Tapi mejoriti petua nie kelaut sbb dah mmg x boleh nak minum air kosong..

Cara selamat just tukar air kosong dgn milo o ais yg cair sangat... jangan manis2 nanti kencing manis pulak... Dan rajinkan diri untuk basahkan bibir..

Masalah sekarang mulut selalu kering dan akan berdarah sampai nak senyum pun sakit...

Dengan jerebu yang makin teruk nie... kene jugak paksa diri minum air...

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...