Sunday, July 3, 2011

MY RED VELVET CAKE

Assalamualaikum W.B.T..

Diam tak diam dah bulan Julai dah kan..Bulan depan dah nak puasa kan.. So kepada sape2 yang tak ganti pose tu, sile2 la ganti ye.. Okey kali nie aku nak share skit ape yang aku buat minggu nie..

Okey, minggu nie aku dah siapkan satu Red Velvet Cake.. Aku sendiri pun x percaye OK !! Kalau korang x percaya, tu perkara biasa.. Sebab aku sndiri pun masih lagi tak percaye walaupun dah habis makan cake tu.. Sedap ke tidak tu kene lah tanye orang2 yang rase.. Kalau tanye aku yang buat dan rase nie, dah tentu la aku akan kate BEST BRO !!!


- Maaf sebab kurang seni untuk menghias -


- satu slice tu aku dah baham sorang2 -

Jom kite cite care2 nak buat dan bahan2 dia.. kalau rajin korang boleh buat sendiri.. Aku dapat nie dari Blog Kak Irma .. Aku dah try dah hasilnye macam biasa, BEST BRO !!

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung kek
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Bahan C

113 gram butter
300 gram gula kastor ( aku guna gula biasa)
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting

227 gram cream cheese Philadelphia (gune lain jenis aci kot)
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
340 ml whipped cream

How to make RVC


1. First mulakan dengan bahan C. Pukul butter sampai kembang dalam 1-2 minit. (butter dalam suhu bilik)
2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi dalam 3-4 minit.
3. Masukkan telur satu persatu sambil2 korang pukul.
4. Kaupkan adunan guna spatula dan masukkan esen vanila. Pukul dalam seminit lagi
5. Kemudian masukkan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Pukul dengan kelajuan perlahan..
6. Dalam bekas lain, campurkan bahan D ( cuka dan baking soda). Tunggu sampai buih soda berhenti keluarkan bunyi dan campurkan dalam bancuhan tadi. Kacau sampai sebati.
7. Tuangkan dalam loyang. Mengikut resepi asal guna loyang 9 inci. Aku guna loyang 8 inci dia terkeluar sikit.. seelok2nya guna la loyang yang 9 inci ye..jangan degil..hehehehe
8. Bakar kek selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius..Ini mengikut resepi asal..

(Resepi aku terpaksa dibakar selama 1 jam 20 minit. Kemungkinan besar ini desebabkan oleh loyang aku kecik, so kek aku agak tebal dari resepi asal. Tu yang amek masa lama untuk masak. Dan satu lagi keadaan Oven. So, korang cucuk la kek korang guna lidi atau apa2 je. Tengok still melekat x dekat lidi tu.. Kalau dah tak melekat tu kira dah masak dan boleh bawak kuar dari oven.)

9. "PETUA SELAMAT" tunggu kek betul2 sejuk baru keluarkan dari bekas OK.. Jangan degil.. Kalau x korang taw la ape akibat dia.. Kek tu mungkin akan hancus !!!
10. Sambil2 tunggu kek korang sejuk, Korang boleh buat Topping Cream Cheese.
11. Pastikan cream Cheese dalam suhu bilik. Pukul cream cheese dan Mascarpone sampai kembang dalam 5-6 minit.
12. Tambahkan esen vanila dan gula ising.. Dan putar sampai sebati..
13. And lastly masukkan whipped cream dan putar dalam 2 minit sampai adunan jadi likat dan pekat. Kalau ikut resepi asal guna 360 ml. Aku just guna 340 ml sebab kalau 360 ml agak cair dan susah nak hias nanti..

Hias

Ikut la tangan korang rase nak buat macam mane atau korang boleh rujuk rakan baik kite iaitu YOUTUBE...


~ Nie la hasil dia ~

4 comments:

Cahaya Petunjuk @ Bukti said...

nyumm3!!! ley bka kdai kek ni....hehe

Hana Hashim said...

may b one day...heheheheh

mimi fatihah said...

waaa,sis nmpk sedap....!~

Hana Hashim said...

thankx mimi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...